Ahmad Maslan : Tolong hentikan fitnah



PETALING JAYA: Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan merayu pihak yang tidak bertanggungjawab memalsukan akuan Facebook dan Twitter atas namanya supaya berhenti memfitnah. Katanya, ia tidak sepatutnya berlaku lebih-lebih lagi di bulan Ramadan.

“Saya maafkan mereka yang memalsukan akaun Facebook dan Twitter saya, tetapi saya juga merayu agar berhenti memfitnah saya lebih-lebih lagi di bulan Ramadan ini.“Saya hanya menjalankan tugas, melakukan apa yang saya fikir baik melalui perkongsian penerangan mengenai GST yang mana lebih baik daripada Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST),” katanya lagi.

Mengulas mengenai tugas yang digalasnya, Ahli Parlimen Pontian itu, berkata beliau sedia berdebat dengan pihak yang tidak bersetuju dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan kenaikan harga minyak.

“Kalau mereka tidak setuju pada dasar kerajaan tidak apa, tetapi kita boleh berbincang, berdebat dan berunding,” katanya di Parlimen dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebook menggunakan akaun Zanuddin Salleh, lapor freemalaysiatoday

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget