Adik percaya Kelvin Morais masih hidup



PETALING JAYA: Adik kepada Timbalan Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan di Jabatan Peguam Negara, Anthony Kevin Morais yang hilang sejak Jumaat lalu merayu kepada rakyat Malaysia supaya terus membantu mencari abangnya. Charles Morais dari Georgia, Amerika Syarikat dalam satu laporan kepada The Star yakin abangnya masih hidup.

“Saya percaya dia masih hidup, tetapi saya takut apa yang mereka akan lakukan terhadap dia. “Dia pastinya mempunyai musuh ketika berkhidmat,” kata Charles. Charles akan pulang ke Malaysia pada Rabu ini untuk turut sama mencari abangnya yang berusia 55 tahun itu.

Dia merayu Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk meningkatkan usaha untuk mencari Kevin.

“Bagaimana seorang pendakwa raya boleh hilang seperti ini? Saya berharap Ketua Polis Negara dan Kementerian Dalam Negeri akan menjadikan kes ini sebagai keutamaan mereka,” katanya.

Kevin bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara sebelum dipinjamkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah undang-undang dan bahagian pendakwaan selama 10 tahun.

Dia bagaimanapun kembali ke Jabatan Peguam Negara pada Julai tahun lepas sebagai Timbalan Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan, lapor freemalaysiatoday

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget