5 Fakta Penting Bagaimana Bacaan IPU Dikira


KUALA LUMPUR: Di Malaysia, pencemaran udara bukanlah satu kejadian yang baru malah ianya diberi perhatian setiap tahun sejak tahun 1970. Setiap tahun, Malaysia berdepan dengan isu jerebu yang sering kali berpunca dari kebakaran hutan yang besar di negara jiran, Indonesia.

1. Apa itu pencemaran udara?

Pencemaran udara merupakan satu keadaan yang melibatkan pengumpulan bahan kimia, jirim zarahan atau bahan biologi di udara yang boleh menyebabkan kemudaratan kesihatan, ketidakselesaan kepada manusia atau organisma hidup lain serta merosakkan alam sekitar apabila ia dibebaskan ke atmosfera. Menurut satu laporan kajian sains, karbon dioksida, sulfur dioksida, kloroflorokarbon, bau-bauan, logam toksik seperti plumbum tembaga dan sisa radioaktif merupakan antara contoh pencemaran udara. Punca utama pencemaran ialah pelepasan asap kotor oleh industri ke udara melalui cerobong asap kilang, kenderaan motor di jalan raya, asap rokok, pembakaran terbuka dan letusan gunung berapi.

2. Pencemaran primer dan pencemaran sekunder

Menurut Wikipedia, pencemaran udara boleh diklasifikasi kepada dua bahagian iaitu pencemaran udara primer dan pencemaran udara sekunder. Pencemaran udara primer ialah penghasilan sulfur monoksida dan karbon monoksida akibat pembakaran terbuka serta asap kenderaan di jalan raya. Pencemaran sekunder adalah berpunca hasil daripada tindak balas sulfur dioksida yang bergabung dengan wap-wap di udara.

3. Apa itu Indeks Pencemaran Udara (IPU)?

IPU atau API (Air Pollution Index) adalah satu petunjuk yang digunakan untuk memberi gambaran terhadap tahap pencemaran udara di sesebuah negara. Secara amnya, sistem mengukur indeks pencemaran udara (IPU) dinyatakan dalam bentuk suatu julat nilai yang mudah difahami bagi mengambarkan kualiti udara atau tahap pencemaran yang berlaku.

4. Panduan Bacaan IPU

IPU dibahagikan kepada enam peringkat, iaitu baik, sederhana, tidak sihat, sangat tidak sihat, berbahaya dan sangat berbahaya.

5. Bagaimana pencemaran udara dikira?

Merujuk laporan kajian UiTM, pengiraan IPU adalah berasaskan kepada nilai-nilai subindeks, (sub-IPU) yang diguna pakai di Malaysia dan Amerika Syarikat. Sub-IPU ini mengandungi lima parameter yang merangkumi: debu (dust), sulfur dioksida(SO2), nitrogen dioksida(NO2), ozon(O3), karbon monoksida (CO), dan kepekatan logam PM10, bersaiz 10 mikron ke bawah. Kelima-lima bahan pencemar ini digunakan untuk mengira nilai IPU di Malaysia melalui prosedur yang tertentu. Bagaimanapun, di Malaysia, ukuran zarah PM2.5, bersaiz 2.5 mikron ke bawah tidak diambil kira dalam bacaan IPU. Semalam, ahli Parlimen Kelana Jaya Wong Chen berkata kepada Malaysian Insider bahawa Malaysia perlu menggunakan ukuran yang boleh mengira zarah bersaiz 2.5 mikron ke bawah (PM2.5) sebagaimana yang dilakukan di kebanyakan negara, termasuk Singapura dan Indonesia. Menurut Wong, walaupun data PM2.5 terdapat di sesetengah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Stesen tetapi kegagalan untuk menggunakannya menyebabkan bacaan indeks pencemaran jauh lebih rendah di Malaysia, lapor astro awani

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget