Bayi Digoncang, Dicampak Dan Dipukul Dengan Kejam by mynewshub
MELUAP-LUAP jadinya kemarahan penulis apabila melihat perbuatan
seorang wanita mendera bayinya dengan mencampak dan memukul tanpa belas
kasihan. Dalam rakaman yang kini semakin viral, bayi malang yang dianggarkan
berusia kurang 6 bulan kelihatan dicampak ke atas katil sebelum dipusing
dan digoncang dengan kuat oleh seorang wanita yang dipercayai ibunya. Dalam video berdurasi 52 saat di atas, wanita terbabit dipercayai
bertindak kasar sebegitu kerana berang dengan anaknya yang menangis. Turut kedengaran adalah suara si perakam yang berkata, “nampak tak,
nampak tak?” seperti ingin menunjukkan bukti kekejaman kepada seseorang
yang mungkin ayah kepada bayi tersebut. Netizen yang melihat rakaman video zalim ini menyelar
tindakan tidak berperikemanusiaan dan rata-rata meluahkan harapan mereka
supaya si pelaku dibawa ke muka pengadilan, lapor MYNEWSHUB.CC (SUMBER BERITA MALAYSIA TERKINI ONLINE)
Catat Ulasan