Trigana Air TGN267: Perkara yang diketahui setakat ini

Sebuah pesawat domestik Indonesia, Trigana Air penerbangan TGN267 dengan 54 penumpang dan krew terputus perhubungan dengan pusat kawalan trafik udara pada Ahad di timur daerah Papua.

Apa yang diketahui setakat ini:

1. Daripada 54 penumpang, 44 adalah orang dewasa, dua kanak-kanak, tiga bayi dan lima krew.

2. Ketika hilang ia sedang dalam perjalanan dari Sentani ke Oksibil. Masa perjalanan sepatutnya hanya mengambil 50 minit.

3. Pihak berkuasa percaya faktor cuaca yang buruk menjadi sebab mengapa pesawat itu gagal dikesan.

4. Pesawat berlepas pada jam 2.22 petang waktu tempatan.

5. Terputus hubungan dengan menara pusat kawalan trafik udara pada jam 2.55 petang.

6. Membawa muatan bagasi seberat 533kg.

7. Pesawat tersebut berusia 25 tahun dan tidak dilengkapi dengan transponder Automatic Dependent Surveillance-broadcast (ADS-B) yang dijangka akan menyukarkan operasi mengesan pesawat tersebut.

8. Operasi mengesan pesawat itu ditangguhkan ke pagi Isnin jam 6 waktu tempatan kerana hari semakin gelap.
9. Maklumat daripada orang awam memberitahu terdengar bunyi pesawat terbang rendah di kawasan Pegunungan Bintang di wilayah Papua. Pihak berkuasa sedang menyiasat maklumat tersebut.

10. Trigana Air merupakan salah satu penerbangan dalam senarai hitam Kesatuan Eropah sejak tahun 2007.
dipetik daripada portal astroawani.com

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget