NGERI… Menakutkan apabila menyaksikan bagaimana seorang doktor cuba
menarik ulat keluar daripada bibir seorang gadis yang sedang membengkak. Selain geli, doktor juga dilaporkan terpaksa menggunakan penyepit
untuk menarik ulat berkenaan dan ia hanya mengambil masa lebih kurang
seminit. Namun wanita itu tidak pula berasa sakit malah kelihatan tenang sahaja sepanjang prosedur tersebut diadakan.
Proses berkenaan telah dirakamkan dan ia telah ditonton lebih 500,000
orang selepas dimuat naik dalam YouTube pada bulan Mac lalu. Bagaimanapun maklumat lanjut mengenai wanita itu dan bagaimana ulat
tersebut boleh berada di dalam bibirnya tidak jelas diketahui. Namun ia merupakan parasit yang hinggap pada pesakit di kalangan
golongan miskin di kawasan mundur atau mereka yang mengalami kecederaan
di bahagian badan. Kes ini agak terpencil kerana jarang ulat bersarang di bibir, lapor MYNEWSHUB.CC
Geli... Ulat Bersarang Ditarik Dari Bibir... oleh mynewshub
Catat Ulasan