TONTON VIDEO : Letupan bom gegar Bangkok


Sekurang-kurangnya 27 dilaporkan maut dalam kejadian letupan di tengah Bandaraya Bangkok pada petang Isnin.Kejadian berlaku pada jam 7 petang waktu tempatan, berhampiran sebuah kuil Hindu dekat Erawan yang menjadi tumpuan pelancong. Dalam rakaman litar kamera tertutup (CCTV), ia memaparkan visual kejadian yang berlaku. CNN melaporkan, kesan letupan menyebabkan mayat mangsa berteraburan di kawasan berkenaan selain memusnahkan kenderaan berhampiran. Sementara itu, wakil Voice of America di Bangkok, Steve Herman menyangkakan pada mulanya ianya adalah bunyi guruh. Dia yang berada di lokasi melaporkan sekurang-kurangnya enam mayat bergelimpangan. Susulan kejadian yang berlaku, pihak berkuasa Thailand menutup lokasi berkenaan kerana khuatir masih terdapat bahan letupan. Ia kemudian menemui satu lagi bom di kawasan berhampiran dan mengambil masa 50 minit untuk dimatikan, lapor freemalaysiatoday.com

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget