TONTON VIDEO : Lemaskan Ular Dalam Wain, Jadikan Minuman Tradisional

SEBUAH video yang memaparkan seekor ular berbahaya yang dilemaskan di dalam balang wain di China telah mendapat perhatian netizen. Rata-rata masyarakat telah mengecam perbuatan keji dan kejam itu serta menyifatkannya sebagai tidak berperikemanusiaan. Insiden yang dipercayai berlaku di selatan China itu menunjukkan seekor ular beracun dimasukkan atau dilemaskan ke dalam sebuah balang yang berisi air wain untuk dijadikan minuman keras tradisional masyarakat di sana.

Ular berkenaan yang pada mulanya kelihatan tenang namun bergelut untuk melepaskan diri sebelum kaku dan mati di dalam balang tersebut. Menurut sumber, video asal tersebut telah ditonton lebih 340 juta sejak ia dimuat naik 10 hari lalu. Penghasilan wain ular ini dikatakan telah diusahakan sejak beribu tahun lalu. Masyarakat di sana mempercayai wain ular ini dapat menyembuhkan perlbagai jenis penyakit seperti sakit sendi, sakit pinggang, sakit belakang serta meningkatkan stamina kaum lelaki, lapor Agensi/MYNEWSHUB.CC
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget