TONTON VIDEO : "Akak Speaking - Sound Peserta Bersih"


NAMPAKNYA, kehadiran peserta demonstrasi haram Bersih 4.0 bukannya disenangi semua pihak. Tidak sahaja peniaga di sekitar Kuala Lumpur yang terjejas keuntungan mereka dek terpaksa menutup premis demi keselamatan, malah ada penduduk turut berasa tidak puas hati.

Mana taknya, kalau dilihat dari sudut kebanjiran mereka yang berarak di tengah-tengah jalan raya tanpa mempedulikan hak majoriti masyarakat yang tak terlibat, pastinya ia memberi natijah buruk seperti kesesakan dan kemungkinan berlakunya kecelakaan.

Selain itu, pengangkutan awam seperti Aliran Transit Ringan (LRT) turut terjejas kerana kebanjiran mereka menganggu perjalanan pengguna lain.

Melalui satu video yang mula mendapat perhatian netizen, ia memaparkan seorang wanita meluahkan perasaan tak puas hati dengan tindakan pendemo memenuhi sekitar Kuala Lumpur ketika saat negara sedang membuat persiapan menyambut ulang tahun kemerdekaan kali ke-58.

Dengan lantangnya, Akak bertudung tersebut membuat ‘ceramah’ percuma kepada penumpang-penumpang LRT yang memakai baju berwarna kuning lambang Bersih 4.0 tentang tindakan tersebut. Siap ‘speaking’ lagi tau, lapor  MYNEWSHUB.CC

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget