TONTON ONLINE : Pesanan terakhir Tunku Abdul Rahman jadi viral

PETALING JAYA: Sebuah rakaman video yang memuatkan pesanan Perdana Menteri Malaysia yang Pertama, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj menjadi viral di media sosial. Visual berdurasi 3.25 minit itu merupakan rakaman terakhir bekas pemimpin negara yang sangat sinonim digelar sebagai Bapa Kemerdekaan Malaysia. Video tersebut telah dimuat naik semula di laman Facebook DurianFM.com dan dikongis pengguna lain.

Rakaman itu dimuatnaik sempena sambutan Bulan Kemerdekaan ke-58 pada hujung bulan ini. Berdasarkan rakaman yang direkod pada 1988 itu, Tunku Abdul Rahman berpesan agar pemimpin sedar bahawa kewujudan sesebuah kerajaan adalah kerana kuasa dan mandat yang diberikan oleh rakyat. Allahyarham berpesan, langkah menyorokkan sesuatu perkara buruk yang dilakukan oleh pemimpin memang sudah berlaku sejak di zamannya lagi dan keburukkan tersebut kemudian dipalingkan semula kepada mereka yang menentang.

“Akhbar-akhbar tidak ada suara. Surat khabar tegur perbuatan ini ditutupkan, jadi di sini ditunjukkan pihak yang menentang mereka itu tiada suara langsung. “Segala-galanya diperintah oleh kerajaan ini. Tapi yang memegang kuasa di dalam ngeri ini ialah rakyat jelata sekalian,” katanya. Allahyarham turut meminta pemimpin agar berfikir tentang perbuatan mereka dan tidak mudah mengikut telunjuk akal dan fikiran.

“Fikirlah sendiri betul atau tidak perbuatan mereka itu (pemimpin). Jangan ikut begitu saja, gunakan akal dan fikiran kerana ‘lampu ajaib’ itu ada ditangan rakyat jelata sekalian. “Rakyat jelata ada kekuatan dalam tangan mereka. Jadi gunakan akal dan jagalah kekuatan itu untuk memeliharakan Malaysia yang dikasihi ini,” ujarnya, lapor freemalaysiatoday.com

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget