Tiada telur palsu dijual di Malaysia

PETALING JAYA: Tidak mungkin wujud telur palsu seperti dakwaan yang disebarkan menerusi laman sosial kerana penghasilannya jauh lebih mahal berbanding telur asli. Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia, Jeffrey Ng Choon Ngee berkata, proses pembuatan telur palsu melibatkan kos yang tinggi kerana memerlukan teknologi canggih terutama untuk menghasilkan membran telur.

Mengulas kebimbangan pengguna tentang kewujudan telur palsu itu, Ng menjelaskan untuk menghasilkan membran iaitu selaput putih pada sebiji telur sahaja akan melibatkan kos sekitar 30 sen.

“Secara kasar untuk cipta sebiji sahaja telur, kos mungkin dalam RM1, maka kalau dah mahal macam itu nak jual untuk sebiji telur berapa pula?” katanya kepada Bernama selepas menghadiri sidang media mengenai Ekspo Ternakan Asia 2015 pada Isnin.

Mengenai corak serta warna telur yang berbeza-beza disebarkan dalam laman sosial, Ng berkata ia boleh berlaku mengikut cara penyimpanan yang dipengaruhi suhu bilik.

Ng berkata, pihaknya juga telah membuat semakan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dengan industri penternakan di China dan mendapati bahawa telur palsu juga tiada di negara itu.

Sebaliknya beliau berkata, yang ada hanya bahan seperti telur tetapi dalam bentuk serbuk yang dicipta oleh pihak tertentu untuk keperluan diri sendiri, lapor freemalaysiatoday.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget