Tepukan buat Muhyiddin, 'boo' untuk Ahmad Maslan


Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan disambut dengan 'boo' dan ejekan sewaktu Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Pontian sekalipun beliau adalah timbalan bahagian kawasan itu. Ia berbeza dengan bekas timbalan perdana menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang disambut dengan tepukan sewaktu ketibaannya dan ketika sampai ke kemuncak ketika menyampaikan ucapannya.

Laungan "Hidup Tan Sri!" beberapa kali turut bergema dalam dewan sepanjang beliau menyampaikan ucapan. Bagaimanapun, Ahmad, yang juga MP Pontian di'boo' dan diejek sewaktu nama beliau disebut. Keitka beliau diperkenalkan oleh pengerusi majlis, beliau di'boo'. Ketika Ketua Umno bahagian Hasni Mohammad menyebut nama Ahmad dalam ucapnnya, tepukan perlahan oleh hadirin.

Sewaktu Muhyiddin menyampaikan ucapan, beliau mengucapkan tahniah kepada Ahmad yang dilantik menjadi timbalan menteri perdagangan antarabangsa dan industri. Hal ini juga mengundang ejekan 'boo' oleh hadirin. Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno serta merta menegur hadirin supaya tidak melakukan demikian.

"Beliau timbalan ketua bahagian Umno Pontian, jangan 'boo'," kata Muhyiddin. Ketika ditemui Malaysiakini kemudiannya, Ahmad ditanya mengenai reaksi beliau berhubung penerimaan perwakilan hari ini. "Dua orang saja kan?" kata beliau sebelum beredar, lapor malaysiakini.com

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget