Sudahlah lambat, basi lagi

PETALING JAYA: Hasrat seorang pelanggan untuk menikmati makan malam tidak kesampaian selepas dia menerima makanan busuk dan basi. Menurut Shafiq Fadhly dia memesan melalui talian makanan daripada sebuah rangkaian makanan segera pada jam 7.41 malam. Bagaimanapun selepas setengah jam menunggu, dia menelefon semula untuk memeriksa makanan yang dipesannya tetapi tidak dilayan.

Bagaimanapun satu setengah jam kemudian pengurus cawangan berkenaan menggunakan telefon bimbit untuk menghubunginya dan memaklumkan pekerjanya yang bertanggungjawab untuk menghantar pesanan terbabit dalam nahas jalan raya.

Dia kesal kerana pengurus berkenaan mengambil masa lama untuk menghubunginya dan dengan acuh tidak acuh memberitahunya ia akan mengambil masa sejam lagi jika ingin meneruskan pesanan makanan.Dia yang kelaparan menyatakan persetujuan dan menerima makanan berkenaan pada jam 9.50 malam.

Bagaimanapun sebaik ingin menjamahnya, dia terkejut kerana ia tidak seperti yang diharapkan. Bagi meluahkan rasa terkilannya, Shafiq berkongsinya di laman Instagram dan mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai yang bersimpati dengannya, lapor freemalaysiatoday.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget