Saya belum mati – Pie

PETALING JAYA: Pelakon veteran dan juga pelawak, Shafiee Jaafar meminta pihak yang menyebarkan khabar angin kononnya dia telah meninggal dunia supaya berhenti daripada menyebarkan berita itu. Dia yang lebih mesra dipanggil Uncle Pie, 84, memberitahu Berita Harian, kecewa dan sedih kerana ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkkan fitnah kematiannya.
Katanya, dia tidak mengerti tentang tujuan dan matlamat berita itu disebarkan.

“Tolong hentikan semua ini kerana umur saya masih panjang dan teruslah berdoa yang baik-baik bukannya dengan cara begini,” katanya di Hospital Kepala Batas (HKB), pada Jumaat. Shafie dimasukkan ke HKB, jam 2 pagi Khamis, selepas mengadu mengalami kesejukan yang melampau menyebabkan seluruh badannya menggigil. Dia masih lagi dirawat dan mendapat pengawasan pihak doktor kerana dimaklumkan bahawa paru-parunya dijangkiti kuman, lapor freemalaysiatoday.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget