Ringgit Turun Kepada 3.8510 Bagi AS$1

KUALA LUMPUR: Ringgit turun 0.7 peratus hari ini berbanding dolar AS berikutan permintaan lemah terhadap unit tempatan itu susulan data pembuatan yang kurang memberangsangkan dan harga minyak rendah. Pada jam 5 petang, ringgit disebut harga pada 3.8510/8550 berbanding dolar Amerika daripada 3.8230/8260 pada Jumaat lalu. Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Nikkei Malaysia (PMI) yang hanya naik sedikit kepada 47.7 pada Julai daripada 47.6 pada Jun, menunjukkan keadaan operasi pengeluar Malaysia yang semakin teruk. Bagi harga minyak rendah, peniaga itu berkata, harga mentah West Texas Intermediate menghampiri paras rendah dalam tempoh tiga bulan pada AS$46.69 setong ekoran kebimbangan akan lebihan penawaran.
"Bagaimanapun, eksport Malaysia meningkat bagi enam bulan berturut-turut pada Julai apabila pengeluar memperoleh pelanggan asing baharu dengan pelancaran produk baharu yang membawa kepada permintaan tinggi daripada antarabangsa," katanya. Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain. Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 2.7958/7990 daripada 2.7775/7799 pada minggu lalu dan susut berbanding yen kepada 3.1014/1049 daripada 3.0771/0800 pada Jumaat minggu lalu. Unit tempatan turun berbanding euro kepada 4.2238/2297 daripada 4.1816/1860 pada minggu lepas dan susut berbanding pound sterling kepada 6.0156/0231 daripada 5.9509/9563 pada Jumaat minggu lalu, lapor bernama- Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget