Qi Razali Dan Nelydia Senrose Sudah Putus Cinta?

Rasanya baru sahaja kita mendengar hasrat hati Qi Razali untuk berkahwin dengan Nelydia Senrose dan sudah pun mula membuat persiapan bagi hari bahagia beliau, tiba-tiba kami dapat berita mereka kini renggang dan ada yang mendakwa hubungan mereka sudah berakhir.

Semuanya bermula apabila Qi menerusi akaun Twitter beliau memuat naik “tweet” yang seakan memberi bayangan hubungan mereka sedang retak menanti belah. Menurutnya, situasi yang beliau hadapi ketika ini sangat menyakitkan tetapi kehidupan harus diteruskan.

Pada masa yang sama, Nelydia juga turut meluahkan isi hatinya di Instagram dan menggambarkan situasi yang mereka sedang berhadapan sekarang. Buat masa ini, kedua-dua mereka enggan memberikan sebarang komen mengenai perkara berkenaan, lapor beautifulnara.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget