Petua Panjang Umur, Minum Air Kencing Sendiri

Dah sahihkan ke minum air kencing sendiri tu boleh memanjang umur??? Air kencing kan kotor lebih-lebih lagi yang dah tua bangka ni. Kalau air kencing baby tu lain la tapi tak kisah la air kencing baby ke apa-apa pun tak rela cek nak minum aiiiiii!!

Dua lelaki tua iaitu Bao Yafu dan Yi Dongshan dari Bandar Wuhan menjadi air kencing diorang sebagai minuman pagi setiap hari. Kata diorang tu semua untuk memanjangkan umur dan meningkatkan kesihatan diorang jadi lebih baik. Tak bau hancing ke???

“Sedap, saya mahu minum lagi,” kata Yi, 61 selepas meneguk baik punya air kencing sendiri.

Kalau korang nak tau diorang sebenarnya ada persatuan sendiri, persatuan tu dinamakan Persatuan Terapi Air kencing di Wuhan. Ketua persatuan tu Bao Yafu, 81 yang dah amal minuman ‘berkhasiat’ sejak 2010.

“Bagi saya rasanya seperti air teh,” kata Bao Yafu.

Dia boleh kata rasa macam air teh yang tak boleh blah tu. Kalau kata warna air kencing tu sama macam air teh tak apa la lagi. Huhuhuuuhu.. Persatuan tu bermula dengan 400 orang aje tapi sekarang dah meningkat 1000 orang. Dah ‘berjaya’ diorang ni mempengaruhi orang lain noh.

Jabatan Kesihatan China pun dah larang diorang amalkan minuman ‘berkhasiat’ tu menganggap amalan minum air kencing sendiri tu menjijikan tapi diorang ni degil tetap dengan pendirian diorang.

Menurut Bao, selepas enam bulan dia amal minum air kencing sendiri, penyakit yang dia hidap mula hilang. Penyakit tu sembelit dan ulser mulut. Selain rambut pun dah tak gugur lagi.

Apa-apa aje la asalkan bahagia. - MissHana/Utaranews.com.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget