Pesawat Trigana Air Terhempas Di Papua Bawa 6.5 Bilion Rupiah

NAHAS pesawat Trigana Air milik Indonesia yang dilaporkan terhempas di satu kawasan pergunungan di Papua disahkan membawa sejumlah wang bernilai 6.5 bilion Rupiah atau kira-kira RM1.9 juta. Memetik kenyataan Ketua Pejabat Pos Jayapura, Haryono, beliau berkata, kesemua wang tersebut bakal diagihkan kepada penduduk miskin di lapan kawasan di Papua.

“Empat pegawai kami ditugaskan mengiringi penghantaran wang itu yang diletakkan di dalam empat beg,” katanya seperti dilaporkan AFP. Pesawat tersebut dilaporkan hilang semalam bersama-sama 54 penumpangnya iaitu terdiri daripada 44 penumpang dewasa, 5 kanak-kanak serta 5 anak kapal yang sedang dalam perjalanan dari Jayapura menuju Oksibil, Papua, lapor MYNEWSHUB.CC
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget