Pesawat Trigana Air IL 267 : Laporan terhempas diterima

PAPUA - INDONESIA. Penduduk di Papua melaporkan terdapat kejadian pesawat terhempas namun tidak dapat dipastikan sama ada ianya melibatkan pesawat Trigana Air yang dilaporkan hilang, hari ini. Menurut Reuters, Pengarah Operasi National Search and Rescue Agency (BASARNAS), memberitahu syarikat penerbangan Trigana Air mendapat laporan pesawat terhempas di kawasan hutan dan pergunungan Oksibil.
 
Beliau juga memberitahu bahawa pasukan pencari akan mula memeriksa kawasan berkenaan pada pagi nanti, dipetik dari portal Kompas dan Detik. Terdahulu, sebuah pesawat milik Trigana Air IL 267 jenis ATR 42-300 berlepas dari Lapangan Terbang Sentani, Jayapura yang membawa 54 penumpang dilaporkan gagal dikesan, petang tadi.
 
Sementara itu, Ketua Polis Indonesia, Badrodin Haiti, berkata pihak penyelamat yakin pesawat itu akan dapat dikesan dalam operasi SAR, yang akan disambung apabila cuaca pulih."Jika mahu ke Oksibil perlu melalui kawasan Pergunungan Bintang dan ketika ini, cuaca di situ sangat teruk," katanya, lapor sinarharian.com.my
 
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget