Perogol sanggup tebuk bumbung rumah cari mangsa..

Menakutkan… Seorang wanita menjadi mangsa rogol apabila seorang lelaki yang tidak dikenali menceroboh masuk kediamannya melalui atap bumbung rumahnya di Kajang Utama, Kajang.

Suspek yang dipercayai berusia antara 28 tahun hingga 30 tahun itu bersenjatakan pisau, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asst Comm Willey Richard berkata, suspek mengugut wanita itu dengan pisau.

"Mangsa yang sedang berada di dalam biliknya telah terdengar loceng rumah ditekan beberapa kali tetapi dia memilih untuk mengabaikannya kerana tidak mengenali lelaki berkenaan."

"Selang lima minit kemudian, mangsa terkejut apabila melihat seorang lelaki telah berada di dalam biliknya sebelum lelaki berkenaan mengikat tangannya di belakang dan merogol mangsa," kata beliau.

Sebelum kejadian, suspek ada pergi ke rumah mangsa dan memberitahu pengawal yang dia datang nak perbaiki talian telefon rumah berkenaan kerana rosak. Suspek bertindak meceroboh melalui atap dapur rumah mangsa.

Polis juga telah mengeluarkan satu lakaran gambar suspek. Suspek juga sempat melarikan beberapa jenis barang kemas seperti tiga bentuk cincin , lima utas rantai , subang, satu telefon bimbit dan wang berjumlah RM70.-TiraGomez/UtaraNews.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget