Penyamun 10 saat

Subang Jaya: Seorang penjenayah solo profesional hanya memerlukan masa kurang 10 saat untuk memecah masuk dua restoran menggunakan kunci khas dimiliki. Bagaimanapun suspek lelaki berusia 30-an itu tidak menyedari perbuatannya menggeledah premis di Bandar Puteri Puchong di sini, dirakam kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di dalam premis itu. Difahamkan suspek memecah masuk premis pertama pada jam 7.16 pagi kelmarin sebelum melakukan perkara sama di sebuah lagi kedai pada jam 7.50 pagi hari sama.

Salah seorang pemilik premis yang hanya mahu dikenali sebagai Wong, 40-an berkata, dia hanya menyedari premis miliknya dipecah masuk selepas dia datang untuk memulakan perniagaan sekitar jam 10 pagi. Menurutnya, berdasarkan rakaman CCTV yang dipasang di dalam premis, suspek dilihat melakukan jenayah itu bersendirian.

“Dia muncul dengan memakai topi keledar berwarna merah serta sarung tangan. Suspek hanya mengambil masa kira-kira 10 saat untuk membuka kunci hadapan premis. “Suspek warga tempatan itu kemudian menggeledah kedai saya terutama di kaunter bayaran. Bagaimanapun dia kecewa apabila saya tidak meninggalkan wang jualan di kaunter itu,” katanya. Menurutnya, suspek kemudian keluar dari premisnya sebelum melakukan perkara sama di sebuah lagi restoran berhampiran.

“Kali ini suspek berjaya melarikan telefon bimbit dan tablet yang diletakkan pemiliknya di dalam premis. Saya yakin lelaki itu adalah penjenayah profesional berikutan dia melakukan kes pecah masuk kedai itu dengan pantas. “Malah, dia menggunakan sarung tangan bagi mengelak cap jarinya dikesan pihak polis,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Puteri Puchong di sini, lapor harian metro
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget