Pengguna Facebook tak jadi telanjang di Parlimen

PETALING JAYA: Seorang pengguna Facebook membuat permohonan maaf secara terbuka di atas keterlanjurannya membuat kenyataan untuk bertelanjang di Bangunan Parlimen. Pemilik akaun Ghani Hasim itu membuat permohonan maaf tersebut selepas dia tewas dengan cabarannya baru-baru ini apabila membuat kenyataan akan bertelanjang di Parlimen sekiranya harga minyak turun dalam masa terdekat. “Kepada semua rakan-rakan FB..saya mengambil maklum bahawa kenyataan saya telahpun menjadi viral. Maka itu dengan rasa rendah diri dengan penuh kekesalan ingin menarik balik kenyataan saya yang terkeluar semasa berdiskusi dengan saudara Jamdin berkaitan dengan harga minyak “Memohon maaf kepada semua sekiranya isu ini telah menimbulkan perdebatan yang kurang menyenangkan,” tulisnya pada ruangan status.

Pada Sabtu lalu, kerajaan mengumumkan harga minyak petrol RON 95, RON 97, dan diesel diturunkan sebanyak 10 sen. Sebelum harga miyak diumumkan, Ghani, ketika berdiskusi dengan seorang pengguna media sosial menyatakan dia akan bertelanjang di Bangunan Parlimen jika harga minyak turun. “Aku akan bertelanjang di Parlimen kalau harga minyak di negara ini turun dlm masa terdekat,” tulis Ghani. Status permohonan maaf Ghani itu kemudiannya menjadi viral di media sosial dan dikongsi di Facebook. Sementara itu, seorang pengguna Facebook memberikan komen selepas membaca status yang ditulis oleh Ghani dengan berkata, `berani buat berani tanggung, berani dengan niat..apa lagi tunaikan niat tu. Seorang lagi pengguna, Siti Fauziah Bohari memberikan komen, `tak payahla nak telanjang, buruk bebeno nengoknya, ada yang pengsan kut…cakap ikut sedap muut ye..otak tak pakai..tau takut..” , lapor free malaysia today online- Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget