Pelakon drama berlagak DIVA..?

Siapa yang dok tengok drama petang-petang kat TV3 mesti kenal dengan watak Nur yang dibawa oleh pelakon baru Janna Nick.. Nama baru nak meningkat naik melalui drama tu dah ada  khabar angin mendakwa pelakon baru ini dok berlagak diva..

Janna didakwa dok pandang sebelah mata kat pelakon tambahan waktu berada di set penggambaran.. Miss A nak nasihat buat pelakon baru yang nak meningkat naik, jangan la dok buat perangai macam ni.. Takut tak lama je dalam industri hiburan..

Untuk bersihkan namanya, Janna tampil menjelaskan segalanya pada media.. Baru nak terkenal dah ada orang tabur pasir dalam periuk nasinya..

"Lucu apabila ada pihak yang keluar dengan gosip mengatakan saya seorang diva. Orang sekeliling yang mengenali saya pasti tahu kebenaran dakwaan itu. Saya enggan melatah kerana tahu ianya tidak benar sama sekali.

Cuma saya tidak mahu ada pihak yang salah faham dengan diri saya kerana cerita yang tidak benar ini. Ia sekali gus menutup periuk nasi saya kerana mungkin ada produksi yang berfikir beberapa kali untuk bekerja dengan saya,” katanya..

Kalau Janna tak bersikap macam tu baguslah.. kalau boleh jangan dok cuba nak amalkan sikap macam tu.. Walaupun ada je pelakon baru suka dok berlagak diva dalam industri.. Kebanyakkan orang macam tu memang tak kemana.. Terkenal sekejap je, lepas tu dilupakan.. Miss A/UtaraNews.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget