Mencari 7 budak ghaib

GUA MUSANG – Penduduk Orang Asli suku kaum Temiar di sini meminta operasi mencari tujuh murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tohoi yang hilang sejak lapan hari lalu menggunakan khidmat Unit Senoi Praaq, skuad elit Pasukan Gerakan Am (PGA).

Pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asal Kelantan (JKOAK), Dendi Johari, 23, berkata, pihaknya sedang cuba menghubungi Pegawai Pemerintah Batalion Ketiga PGA, Supe­rintendan Wan Hamzah Wan Kadir dari Kem Bidor dan Kem Pengkalan Hulu di Perak bagi mendapatkan bantuan mereka.

Katanya, ibu bapa mangsa amat berharap bantuan ikhtiar daripada Senoi Praaq kerana pasukan itu amat pakar dengan keadaan dalam hutan. Senoi Praaq ialah ungkapan Orang Asli yang bermaksud ‘orang perang’. “Malah kebanyakan anggota unit terbabit datang dari perkampungan di sini dan mereka arif de­ngan keadaan muka bumi Gua Musang. “Sebut sahaja nama sungai, gunung dan lembah di sini semua mereka tahu,” katanya ketika ditemui di sini semalam, lapor kosmo online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget