Login e-prestasi Guru KPM : Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP) - Kemaskini November 2016 / 2017

Pengisian markah e-prestasi iaitu Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) merupakan satu perkara yang wajib setiap tahun. Ramai dikalangan warga guru sering bermasalah login e-prestasi pada saat-saat akhir. Bagi guru-guru yang belum melengkapkan penilaian markah e-prestasi ini, sila berbuat demikian di laman berikut secepat mungkin untuk mengelakkan kesesakan.


LOGIN E-PRESTASI GURU KPM
Laman pengisian markah e-prestasi untuk warga guru boleh di capai DISINI , Manakala manual penggunaan e-prestasi (Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ( PBPPP) ) boleh dicapai DISINI.

Semoga dapat melengkapkan pengisian markah e-prestasi iaitu Penilaian Bersepadu Pegawai perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) pada masa yang telah ditetapkan.

ADUAN E-PRESTASI
Sekiranya anda mempunyai aduan atau sebarang masalah yang berkaitan dengan e-prestasi, anda boleh mengemukakan aduan atau sebarang pertanyaaan anda melalui email atau telefon. Emailkan aduan atau pertanyaan anda ke aduan.eprestasi@moe.gov.my . Anda juga boleh menghubungi talian 03 8317 9000 untuk respond yang cepat pada waktu pejabat. Berikut pula merupakan alamat rasmi surat menyurat yang berkaitan dengan e-prestasi.

Bahagian Pembangunan dan Penilaian Kompetensi
ARAS 1, BLOK 2250, CYBER SQUARE 2,
OFF PERSIARAN MULTIMEDIA CYBER 6,
63000 Cyberjaya, Selangor

UPDATE TERKINI
MODUL PERTUKARAN DITUTUP SEMENTARA - 20 July 2017 
Modul pertukaran ditutup sementara waktu bagi tujuan penambahbaikan modul. Modul akan diaktifkan semula pada 26hb Julai 2017. Maaf atas kesulitan yang dihadapi

PENILAIAN TELAH DIBUKA - 07 April 2017
Penilaian pertama telah dibuka. Pegawai Penilai yang dilantik boleh semak paparan borang markah PYD masing-masing dan pastikan jenis instrumen adalah bertepatan dengan bidang tugas PYD.

KEPUTUSAN PBPPP 2016 - 19 January 2017
Semua PPP yang dinilai menggunakan PBPPP bermula 2016 akan dapat melihat markah masing-masing melalui slip keputusan dalam sistem HRMIS 2.0. Sila muat turun tatacara melihat slip keputusan dalam HRMIS pada menu Manual Pengguna.

VIDEO: KAEDAH PENILAIAN DALAM PBPP 

Apakah Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan PBPPP?


Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan ialah kaedah penilaian baru yang menggantikan fungsi LNPT. Penilaian baru PBPPP lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan.

Selain itu ketua perkhidmatan atau ketua jabatan diberi fleksibiliti dalam menentukan kaedah penilaian di dalam jabatan masing-masing berdasarkan garis panduan yang sedang disediakan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) berdasarkan Konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place).

Proses PBPPP adalah mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan GTP 2.0 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025 (PPPM). Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan Penilaian PBPPP akan mengambilkira pada Penilaian Kompetensi dan Penilaian Keberhasilan yang mana ia adalah berbeza bergantung kepada bidang tugas masing-masing.

VIDEO : LATARBELAKANG PENILAIAN PBPP 


Semoga maklumat mengenai Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan(PBPP) berguna kepada anda - badukan.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget