TONTON ONLINE : Lelaki mulut celupar kena tumbuk dirakam, diviral

PETALING JAYA: Kerana mulut badan binasa perumpamaan tepat kepada seorang lelaki yang ditumbuk kerana mulutnya yang celupar. Insiden lelaki mulut celupar itu ditumbuk seorang lelaki lain di sebuah restoran makanan segera di Singapura kini menjadi viral di media sosial.

Rakaman video selama 1.25 minit itu menunjukkan seorang lelaki berseluar pendek berbaju putih menengking dan membebel seorang wanita yang sedang membuat tempahan makanan di kaunter restoran makanan segera.

Lelaki itu dipercayai tidak puas hati dan mengeluarkan kata-kata kesat kepada wanita yang pada awalnya ditemani seorang lelaki berbadan berbadan besar. Selepas beberapa saat, lelaki berbadan sasa itu yang meninggalkan wanita itu pada awalnya, datang kepada lelaki berkenaan dan terus menumbuknya bertalu-talu.

Video itu telah ditonton oleh lebih 370,000 penonton dan dikongsi lebih 20,000 pengguna. Pengguna sosial tidak menyalahkan tindakan keras lelaki berbadan besar itu melihatkan sikap lelaki yang ditumbuk itu yang tidak henti-henti membebel malah masih cakap besar selepas dibelasah, lapor freemalaysiatoday.com


Dislike malays and indians in singapore? Dia ingat Singapore tu dia punya sorang ke? jadi tu la makan dia..Kredit: Fiq Viera
Posted by Siakap Keli on Wednesday, 19 August 2015
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget