Lakaran suspek pengebom di Thailand

PETALING JAYA: Mahkamah Jenayah Thailand mengeluarkan waran untuk menangkap pengebom yang bertanggung jawab dalam insiden letupan di tengah Bandaraya Bangkok minggu lalu. Selain mengeluarkan lakaran, ia juga menawarkan ganjaran 1 juta Baht kepada sesiapa yang memberi maklumat sehingga tertangkapnya suspek.

Berdasarkan lakaran yang dikeluarkan Polis Diraja Thailand, lelaki yang dikehendaki itu memakai kaca mata dengan bingkai gelap, memakai baju kuning dan berseluar pendek. Sehingga kini identitinya masih menjadi tanda tanya. Jurucakap polis, Leftenan Kolonel Somkiat Ploythupthim, yakin suspek masih berada dalam negara itu dan pihak berkuasa khususnya imegresen berwaspada sepenuhnya bagi mengelak individu berkenaan meloloskan diri dari Thailand.

Sementara itu Ketua Polis, Jeneral Somyot Poompunmuang berkata pengemboman itu dibuat bagi memperlekeh kerajaan dan ia didalangi pihak tertentu. “Motifnya adalah untuk memperlekeh kerajaan dan menunjukkan kepada negara lain berhubung tahap keselamatan di negara ini,” katanya yang dipetik daripada Bangkok Post, lapor freemalaysiatoday
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget