KJ buat lawak bodoh – Faizal Tahir

PETALING JAYA: Penyanyi dan juga komposer, Faizal Tahir menyifatkan kenyataan Khairy Jamaluddin yang berseloroh dengan mengatakan ‘menyokong sokong Liverpool sama seperti menyokong Pas kerana mereka tidak pernah menang’ sebagai lawak teruk dan bodoh. Menerusi laman Instagram, Faizal meluahkan rasa terkilannya dan tidak puas hati terhadap Menteri Belia dan Sukan dan membuat beberapa pesanan buatnya.

Tambah Faizal lagi, dia sedar dan hormat akan kelab yang disokong Khairy namun lawak Ketua Pemuda UMNO itu tidak masuk akal. “Mmm.. Tak cakap pun tak jadi. Pada saya ‘lawak’ dia jadi. Jadi bodoh. Please Sir, i believe we are better than this. We could all be better than this. Jangan biar anggota badan lain mengatasi akal,” tulis Faizal.Walaupun dia bukan penyokong Liverpool, Faizal ternyata kurang senang dengan kenyataan KJ itu.

Beberapa orang pengikut Faizal turut menyokong pendapatnya dan memberikan komen di Instagram yang rata-ratanya menghentam Khairy. Khairy membuat kenyataan itu ketika sesi Hard Talk With Khairy Jamaluddin sempena Persidangan Pelajar Malaysia ke-9 pada Ahad. “Saya minta maaf. Menyokong Liverpool sama seperti menyokong Pas, mereka tidak pernah menang,” kata Khairy, lapor free malaysia today - sumber berita malaysia terkini
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget