Keputusan Konsert AF 2015 Minggu 2 : Ifa Tersingkir

Keputusan Ifa pelajar tersingkir pada Konsert AF 2015 Minggu 2. Konsert pertama mingguan AF 2015 kini membuka tirai pada minggu kedua pada Ahad 16 Ogos 2015 bertempat di Dewan Auditorium MBSA Shah Alam. Seperti sedia maklum, 12 peserta kini berentap pada minggu kedua selepas konsert penentuan minggu lalu. Pelajar AF 2015 yang pertama diumumkan terkeluar pada minggu kedua AF 2015 adalah IFA. Tidak seperti pada tahun lalu, pada tahun ini pihak Astro betul-betul melakukan penyingkiran seorang pelajar pada Konsert pertama AF 2015 di minggu kedua.

Keputusan Penyingkiran Konsert AF 2015 Minggu 2
IFA (Nama Sebenar Sharifah Nabilah, Asal Kedah) yang menyanyikan lagu berjudul ” Kabut Serangkai Mawar” merupakan pelajar AF 2015 yang pertama tersingkir di Konsert AF 2015 minggu kedua.

Pelajar dibawah antara yang mendapat pujian dan undian yang tinggi dari juri professional (Joe Flizzow dan Stacy)
  • Sufi
  • Openg
  • Syamel
  • Lisa
Memandangkan IFA telah tersingkir pada minggu kedua konsert AF 2015, kini tinggal 11 lagi pelajar akan berentap di Konsert Mingguan seterusnya, lapor astrogempak.com

Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget