Isteri hilang 2 minggu tiba-tiba minta cerai.

Seorang suami yang dikenali Hairil Zulhaili Fadzil, 31 dok bimbang isteri dia, Mashitah Mohd Nor, 35 yang hilang dua minggu tiba-tiba hantar SMS kata nak cerai. Menurut Hairil, tu pesanan terakhir isteri dia sebelum enset tu dimatikan dan gagal dihubungi semula.

SMS yang dihantar oleh Mashitah untuk Hairil, “Salam mas nak mntk mf... mas mntk halal semua mkn minum mas... selama 3 tahun mas jd wife abg... pas ni tlg jgn cari mas lg... mas dh pi jauh dri lgkawi.... cuma mas mntk 1 sje... tlg cerai kn mas.

(Salam mas nak minta maaf, mas minta halal semua makan minum selama tiga tahun menjadi isteri abang, selepas ini tolong jangan cari mas lagi, mas dah pergi jauh dari Langkawi, cuma mas minta satu saja, tolong ceraikan mas).

Dh byk kli mas mntk abg tlg mas... mas dh xlh hidup bsama abg dh... sb mas dh xsyg atau cinta abg g... mas nk bebas... slagi abg xcerai mas slagi 2 mas xkn blik... mas mntk mf. (Sudah banyak kali mas minta, mas tak boleh hidup bersama abang sebab sudah tidak sayang dan cinta abang lagi, mas nak bebas, selagi abang tak cerai selagi itu mas tidak akan balik, mas minta maaf).

“Pada hari kejadian, saya menghantar isteri ke tempat kerjanya di sebuah kedai kasut di Langkawi Parade dan dia tidak menunjukkan sebarang perubahan sikap, malah kami mesra.

“Bagaimanapun, kira-kira jam 4 petang pada hari sama, saya menerima SMS berkenaan dan juga yang terakhir sebelum telefon bimbitnya dimatikan. Walaupun selepas tiga tahun berkahwin, kami belum dikurniakan anak tapi hubungan kami baik menyebabkan saya bingung dan buntu memikirkan kejadian ini.

“Saya dan keluarga mentua puas mencari isteri sepanjang 11 hari lalu termasuk memeriksa dengan beberapa teman rapatnya, tetapi setakat ini belum menemuinya. Saya bimbang kerana isteri menghilangkan diri sehelai sepinggang,” kata Hairil.

Alahai conflict sungguh masalah ni tapi si isteri pun balik la rumah selasai baik-baik. Dok hilangkan diri macam ni bukan boleh selesai apa-apa pun. MissHana/Utaranews.com.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget