Imej Seksi Daripada ‘Cikgu Aisyah’ Terima Kritikan Netizen

MASIH ingatkah anda mengenai kisah ‘surat cinta’ yang diberikan oleh seorang ayah murid sekolah kepada cikgu Aisyah? Menjadi viral ketika itu di media sosial terutamanya di platform Facebook di mana gambar seorang guru jelita yang manis bertudung disertakan surat yang ditujukan kepadanya. Buat anda yang tidak mengenalinya, Cikgu Aisyah ini atau nama sebenarnya Puteri Aishah Sulaiman, 21 adalah merupakan finalis Dewi Remaja Sesi 2015.

Sebelum memasuki pertanding Dewi Remaja, Aishah merupakan seorang guru sementara di salah sebuah sekolah awam di sekitar Kuala Lumpur dan ditugaskan untuk mengajar subjek Bahasa Inggeri di sekolah tersebut sehingga Mei 2015. Namun, Imej sebelum ini yang manis bertudung litup nampaknya tidak kekal lama apabila gambar terbaru daripadanya memperlihatkan cikgu Aishah kini amat berbeza daripada imej ‘cikgu Aisyah pujaan hati bapa pelajar’ sebelum ini.

Dia sewaktu menghadiri sebuah majlis yang bertemakan fesyen week baru-baru ini mengenakan pakaian yang sangat ketat dan menggunakan skirt yang sangat pendek sehingga menampakkan susuk badannya. Turut dikutuk adalah lemak perutnya yang dua tiga lapik.Maka netizen yang melihatkan imej keseksian melampau daripada Cikgu Aisyah ini memberikan kritikan mengenai bagaimana dia dahulunya yang agak sopan kini setelah terjun ke industri hiburan menjadi semakin seksi pula. Apa-apa pun, bukan sedikit kritikan yang diterima Cikgu Aisyah ni, yang mana peminat melihat perkara itu sepatutnya tidak berlaku memandangkan dia dahulunya adalah berbeza,

lapor MYNEWSHUB.CC
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget