Fesyen 18SX!!

Fesyen seluar jeans pendek kini melanda negara Singapura dan dikatakan menjadi pilihan ramai anak-anak gadis tempatan. Fesyen berkenaan bagaimanapun mendapat respon yang negatif dari kebanyakan warga tua di negara berkenaan.

Jika sekali pandang, fesyen jeans pendek tersebut seakan-akan sipemakainya hanya berseluar dalam sahaja. Ini kerana, seluar pendek berkenaan hanya berukuran tak lebih dari 15 sentimeter sahaja!

Hasil tinjauan majalah Asia Town di Singapura, ramai gadis remaja mengakui lebih selesa dengan fesyen jeans pendek berkenaan. Menurut mereka, ianya lebih memudahkan pergerakan serta terasa lebih “bebas”..

Menurut mereka, pemakaian jeans tersebut akan dapat menyerlahkan lagi kaki yang panjang serta langsing. Tambahan pula jika dikenakan dengan kasut tumit tinggi yang dikatakan menambahkan lagi keanggunan si pemakai.

Walaupun demikian, mereka mengakui agak terganggu dengan perhatian yang lebih dari orang ramai khususnya lelaki terhadap pemakaian jeans pendek berkenaan.

Cuba bayangkan jika anak-anak gadis di Malaysia berfesyen seperti ini nanti.. Cantik atau merosakkan pemandangan?? – Utaranews.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget