Pengakuan Fizz Fairuz yang menyatakan bahawa dia tidak mengenali gadis muda yang kini terpalit dengan kontroversi WeChat, membuatkan gadis itu iaitu Fara Mendoza terkejut dengan perkara tersebut.“Eh kenapa pula dia (Fizz) cakap tak kenal saya. Saya ada bukti
perbualan kami di WeChat. Kenapa dia nak tepis cerita ini sampai
menafikan perkara yang benar. Janganlah buat begini. Tapi tujuan saya
ini tak berniat untuk merosakkan rumah tangga mereka”
“Saya juga tak berniat memuat naik paparan skrin itu di WeChat hingga
menjadi besar sebegini. Niat saya memuat naik paparan skrin itu memang
saya sifatkan sangat bodoh tapi atas paksi untuk memberitahu supaya dia
(Fizz) jangan ganggu saya lagi” “Saya padamkan paparan skrin itu tapi tak sangka ia terlebih dahulu
disimpan dan disebarkan. Mungkin juga ada yang jadi kawan saya di WeChat
yang sudah sabotaj kami,” jelasnya kepada Berita Harian. Nampaknya episod ini menjadi semakin panas dan kami mengharapkan pengakhiran yang positif, lapor rotikaya.com
Catat Ulasan