Kisah pencintaan pasangan ini sememangnya sudah lama terkubur dan
baru-baru ini, nampaknya Emma Maembong bagaikan tidak dapat menahan
perasaan dengan memuatnaik status yang menimbulkan persoalan kepada
peminat dan juga orang ramai. “Sudah sudahlah itu nak bawa mulut. Saya tak cerita perkara sebenar
sudah cukup baik. Banyak sangat kau pusing cerita. Kalau sudah playboy itu mengaku sajalah,” katanya dalam satu muatnaik di Twitter.
Selain itu, memetik kata-kata Emma di Berita Harian, Zizan
dalam masa yang sama turut mereka cerita bagi mendapatkan simpati
daripada peminat dan juga orang ramai. Malah kata Emma, dia tampil
kerana sebelum ini pelakon ini hanya berdiam diri. “Selama ini dia memberi kenyataan palsu mengenai punca perpisahan
kami kepada media termasuk memberi alasan kereta mewah seperti sebelum
ini tapi saya hanya berdiam diri sahaja. Kini saya dapat tahu, dia
sengaja reka cerita negatif pula mengenai saya kepada orang lain dan
cerita itu sampai balik kepada saya”
“Awal perpisahan kami dahulu, saya ada ajak dia bertemu untuk
menjelaskan apa yang terbuku dan tidak puas hati. Tapi dia menolak dan
cuba menghilangkan diri. Bagi saya tak perlu jadi begitu kerana masing
masing berada dalam industri yang sama”“Semakin saya berdiam diri semakin menjadi jadi jadi pula sikapnya.
Kenapa perlu dia (Zizan) membuat onar sebegitu. Tolonglah. Jika saya tak
ganggu orang, kenapa pula ada yang nak ganggu kita. Mudah sahaja
kitaran hidup ini,” kata Emma menjelaskan situasi tersebut selain
menyatakan Zizan seperti takut kepada bayang-bayangnya sendiri, lapor rotikaya.com - sumber berita malaysia terkini.
Catat Ulasan