Doktor ‘Peace’ Pesakit Terkangkang Dikenal Pasti

KUALA LUMPUR: Laman sosial Facebook semalam kecoh berikutan foto yang menunjukkan seorang doktor merakam gambar ketika sedang merawat seorang pesakit wanita menjadi 'viral'. Menerusi gambar tersebut, seorang doktor wanita dengan selamba menunjukkan isyarat ‘peace’ yang ketika itu sedang merawat seorang pesakit yang dalam kedaaan terkangkang.

Gambar yang dimuat naik seorang pengguna media sosial menggunakan nama 'Kak Long Di sini' mengundang kemarahan ramai pengguna media sosial yang menyifatkan perbuatan doktor dan perakam gambar sebagai tidak sensitif.

Berdasarkan kenyataan Kak Long Di Sini, kejadian dipercayai berlaku di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru. “Saya terkejut dengan tahap kebodohan dan keangkuhan seorang doktor junior di sebuah hospital kerajaan di Johor Bahru.

“Si ibu dilihat sedang mengalami masalah obstetrik, mereka bukannya mengambil serius tentang wanita tersebut, sebaliknya mereka memilih untuk bergambar pula. “Tingkah laku dan tindakan tidak bertimbang rasa itu mengundang kemarahan saya serta orang lain yang melihat gambar tersebut.

“Perkara yang paling tidak masuk akal ialah, bahagian aurat si ibu turut terdedah dalam gambar berkenaan. “Secara jujur, saya tidak melihat sebarang kejayaan seperti isyarat ‘peace’ yang ditunjukkan oleh doktor berkenaan,” bidas wanita itu dalam entrinya.

Susulan itu, dia menggesa siasatan dilakukan bagi mengenalpasti dan mengambil tindakan tegas kepada kakitangan perbuatan terbabit. “Mohon siasat perkara ini dengan serius dan kenakan tindakan yang tegas kepada mereka yang terlibat,” katanya lagi.

Dalam perkembangan yang lain, insiden tersebut nyata mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. Menurut Noor Hisham, pihaknya telah mengenalpasti hospital dan pegawai yang terlibat.

“Kita telah mengenal pasti hospital serta pegawai perubatan yang terbabit dan menegaskan tindakan akan diambil setelah selesai siasatan,” tulisnya sebagai respon di laman Facebook Kak Long Di Sini, lapor malaysiandigest.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget