Ditipu Sindiket Menyamar Polis


Klang: Seorang wanita berusia 58 tahun kerugian RM50,000 selepas ditipu sindiket yang menyamar sebagai pegawai polis di Taman Bukit Jed, Seremban, Rabu lalu. Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, suspek yang mendakwa dirinya pegawai polis menghubungi mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Lee memaklumkan anaknya ditahan atas kesalahan memiliki dadah. Menurut Lee, suspek kemudian memintanya membayar RM120,000 jika mahu menyelesaikan kes itu dan berjanji melepaskan anaknya jika dia tidak memberitahu ahli keluarga lain. "Pada masa sama, saya terdengar suara anak dalam beberapa saat yang cuba menjelaskan keadaannya yang tidak bersalah dan dituduh memiliki dadah. 

"Selepas berbincang mengenai wang yang perlu dibayar, akhirnya mereka bersetuju mengurangkan bayaran dan hanya meminta RM50,000 yang perlu diletakkan di Pasar Besar Seremban," katanya pada sidang media di sini tadi bersama aktivis masyarakat, Peter Tan. Lee berkata, ketika kejadian dia menerima panggilan telefon daripada suspek melalui nombor telefon anak lelakinya itu. Bagaimanapun katanya, selepas suspek mengambil wang berkenaan, dia menghubungi telefon bimbit anaknya semula dan diberitahu tiada apa berlaku. "Anak saya tidak tahu menahu mengenai kejadian ini dan saya bingung bagaimana suspek boleh menggunakan nombor telefon anak saya dan menghubungi saya," katanya yang membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Campbell, Seremban, lapor harian metro- Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget