Bulan pada jarak 358,290 km dari pusat bumi

MUTARE, Zimbabwe – Bulan dilaporkan telah mencapai tahap perigee semalam iaitu titik kedudukan orbitnya paling hampir dengan bumi, kurang 24 jam selepas kemuncak bulan penuh dicapai malam kelmarin.

Perigee semalam meletakkan bulan pada jarak 358,290 kilo­meter sahaja dari pusat bumi. Kejadian bulan penuh dan purnama perigee dalam tempoh masa yang dekat pula membolehkannya digelar sebagai ‘supermoon’ iaitu bulan penuh yang sangat dekat dengan bumi.

Bagaimanapun, titik pertembungan bulan penuh dan perigee pada 28 September ini, dengan jarak masa hanya satu jam antara kedua-duanya, akan menonjolkan ‘supermoon’ yang paling dekat dengan orbit bumi sepanjang tahun ini.

‘Supermoon’ bulan hadapan juga secara kebetulan akan melalui gerhana bulan penuh selama 72 minit, ditambah lebih sejam gerhana separa penuh sebelum dan selepas gerhana penuh tersebut.

Secara keseluruhannya, feno­mena ‘supermoon’ pada bulan hadapan akan mengambil masa sekitar 3 jam 20 minit untuk keluar daripada bayang-bayang bumi.

Gerhana bulan penuh kali ini juga merupakan yang keempat dan terakhir dalam tetrad lunar iaitu empat gerhana penuh secara berturut-turut dalam jarak enam bulan penuh antara satu antara lain, lapor Agensi / kosmo online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget