Biodata Pelajar Akademi Fantasia AF 2015

Inilah Biodata Pelajar-Pelajar Rasmi Akademi Fantasia AF 2015. Semoga Berjaya

1. Sharul
Nama Penuh: Muhammad Shahrul Amin Kamarozaman
Umur: 19
Asal: Negeri Sembilan

Profil Peribadi Sharul
  • Pernah menyertai Akademi Bola Sepak Yayasan Negeri Sembilan
  • Sekolah Pondok As-Sofa – Juara Qasidah Daerah Rembau –Juara berzanji Daerah Rembau – umur 12 tahun ke 14 tahun
  • Mula menyanyi pada umur 15 tahun – nasyid untuk acara sekolah
  • Memasuki pertandingan Tilawah Al-Quran – 15 tahun – mendapat nombor 4 daripada 12 orang – hafal Al-Quran sehingga juzuk 3
  • Melanjutkan pelajaran di UiTM Puncak Perdana – Diploma Pengurusan Kreatif – semester 2
  • Berasal dari keluarga berada tetapi sanggup bekerja memotong daging di Johor kerana tidak mahu menyusahkan ibu bapa
  • Ingin menyertai AF 2015 untuk mencuba bidang baru selain bola sepak – taknak mengharapkan ayah dan ibu

2. Iqwan
Nama Penuh: Muhammad Ikhwan Alif Salim
Umur: 20 tahun
Asal: Perak

Profil Peribadi Iqwan
  • Seorang pelajar tahun kedua jurusan Diploma Filem & TV di ASWARA
  • Keluarga berasal dari Ipoh, Perak – tetapi menetap di Petaling Jaya sejak 9 tahun yang lalu kerana tugas ibu dan ayah
  • Ibu dan ayahnya adalah anggota polis – ibu seorang Inspektor (Pulapol) dan ayah seorang Sarjan (IPD Sentul)
  • Anak bongsu dari 3 adik beradik – mempunyai 2 orang kakak
  • Ibu dan ayah mengharapkan Ikhwan mengikut jejak langkah mereka menjadi anggota polis
  • Minat menyanyi sejak kecil – keluarga gemar menghabiskan masa dengan berkaraoke di rumah
  • Gemarkan semua jenis muzik – terutamanya balada, rock dan pop

3. Syameel
Nama Penuh: Syameel Aqmal Mohd Fodzly

Umur: 22 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Profil Peribadi Syameel
  • Sedang menyambung pelajaran semester 1 di KLMU dalam Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Bisnes
  • Datuk saudara merupakan gitaris kumpulan Headwind
  • Semasa duduk rumah nenek di Flat Sri Pulau Pinang, selaluazan di surau berdekatan.
  • Johan azan peringkat sekolah – Sekolah Agama Rakyat Bandar Tun Razak – 12 tahun – Johan Pertandingan Khutbah Peringkat Wilayah Persekutuan – umur 12 tahun
  • Pemenang SUERA 2015 anjuran EraFM
  • Membuat persembahan nyanyian untuk majlis konvokesyen di KLMU – selalu busking di Sogo, KL
  • Aktif bermain sukan – futsal, badminton dan ping pong
  • Berkebolehan bermain gitar dan kahoon
  • Pengaruh muzik dari artis seperti Bruno Mars dan Marc Anthony

4. Openg
Nama Penuh: Anthonasius Jadil
Umur: 23 tahun
Asal: Sabah
Profil Peribadi Openg
  • Seorang Petani – sawah padi kepunyaan keluarga
  • Kelebihan – Pandai bermain gitar dan boleh mengubah lagu, mempunyai lagu sendiri
  • Muzik – Sukakan lagu bergenre Rock Kapak
  • Tidak pernah memasuki apa-apa pertandingan menyanyi
  • Pendidikan – ambil SPM persendirian walaupun belajar hingga Tingkatan 2
  • Minat – Suka membaca majalah Solusi & Fokus
  • Keluarga – Anak sulung kepada 6 orang adik- beradik


5. Faroq
Nama Penuh: Muhammad Amyroulfarouk Mohd Nor

Umur: 23 tahun
Asal: Melaka
Profil Peribadi Faroq
  • Mempunyai 4 orang adik beradik – anak yatim piatu
  • Pesanan ibu sebelum meninggal – buat kerja yang menggembirakan walaupun bayarannya sedikit
  • Busker berbayar di bawah Perbadanan Sungai Pantai Melaka
  • Mempunyai Diploma Molding – Tekren Kolej, Subang
  • Menyertai pertandingan bina badan – Mr. Smart Klebang – Mei 2015 – top 10
  • Pernah buat lagu untuk sebuah Maktab Perguruan – menolong kawan
  • Adam Band Boy dan Farok Buskers – menyanyi untuk wedding, acara VIP, acara-acara belia dan busking sekitar Kampung Morten
  • Tujuan masuk AF untuk mengubah nasib keluarga – membantu kawan-kawan busker


6. Sufi
Nama Penuh: Mohammad Sufie Rashid
Umur: 24 Tahun
Asal: Singapura
Profil Peribadi Sufi
  • Seorang penyanyi indie (sepenuh masa) di Singapura
  • Single yang bertajuk ‘Tiada Pengganti’ menang kategori Lagu Terbaik Singapura (APM 2014)
  • Selain menyanyi, Sufie juga aktif mencipta lagu iklan (jingle) untuk iklan TV dan radio
  • Mula menjadi penyanyi selepas muncul sebagai naib johan – SG Mania (2014)
  • Menggemari genre pop rock, R&B dan balada
  • Berbakat mencipta lagu sendiri
  • Boleh bermain alat muzik – piano, dram, gitar dan bass
  • Inspirasi – Taufik Batisah, M. Nasir, Hattan & Ramli Sarip – lebih menggemari lagu-lagu evergreen

7. Bila
Nama Penuh: Nurnajmi Nabila Samsaidi
Umur: 19 tahun
Asal: Kuala Lumpur
Profil Peribadi Bila
  • Tidak bekerja – banyak menghabiskan masa bersama ayahnya, Eddie (pemain bass Wings) – kadang-kadang sebagai penyanyi latar
  • Dari kecil rapat dengan ayah dan selalu ikut ayah – dan banyak bergaul keluarga ahli kumpulan Wings yang lain
  • Pengikut setia kumpulan Wings – konsert jelajah pun dia ikut –kalau ayah tak bawa dia, dia boleh menangis – semua lagu Wings dia tahu
  • Sedar kekurangan fizikalnya – dulu tak boleh terima dan asyik menangis bila dikritik – tapi sekarang dia selesa dan terima keadaan dirinya
  • Lebih menggemari genre muzik R&B dan pop – inspirasinya
  • adalah Beyonce
  • Masuk AF untuk peluang kerjaya yang lebih luas dan buktikan gemuk pun boleh beraksi di pentas AF

8. Arisa
Nama Penuh: Sharmaine Arissa Shahrudin
Umur: 21 tahun
Asal: Selangor
Profil Peribadi Arisa
  • Seorang pelajar di Taylors University – Ijazah Perhubungan Awam dan Pemasaran – tinggal satu semester
  • Sambil belajar, dia turut bekerja secara sambilan membuat kerja PR untuk Zakwan Anuar, Pestle & Mortar dan kafe Thursdvys untuk mencari duit perbelanjaan sendiri
  • Seorang yang ‘warm’ dan mudah bergaul – suka berkenalan dan ramai kawan – mudah mesra
  • Menggemari genre muzik Blues, Jazz, R&B dan HipHop
  • mengakui dia lebih banyak mendengar lagu-lagu Bahasa Inggeris
  • Inspirasinya adalah Beyonce dan Dayang Nurfaizah – versatil dari segi nyanyian dan bertenaga di atas pentas

9. Aziah
Nama Penuh: Aziah Awang

Umur: 21 tahun
Asal: Sabah
Profil Peribadi Aziah
  • Seorang pelajar Diploma Pentadbiran Awam di UiTM Sepangar –tahun ketiga
  • Dari suku kaum Kadazan – beragama Islam – Aziah baru berhijab Oktober 2014
  • Keluarga agak susah – ayah dan ibu dulu bekerja di Yayasan Sabah, tapi diberhentikan kerana kegawatan ekonomi
  • Ayah guna wang pampasan untuk beli kelengkapan PA system –sewakan untuk acara-acara – pendapatan purata RM 600 – 700 sebulan
  • Keluarga susah hinggakan pernah terpaksa pinjam bahan makanan dari kedai runcit sebab tiada duit
  • Nak masuk AF sebab minat menyanyi – dan nak gunakan bakat dia untuk membantu keluarga
  • Menggemari genre muzik R&B dan balada
  • Boleh menyanyi dalam bahasa Kadazan – tapi tidak begitu faham

10. Ifa
Nama Penuh: Sharifah Nabilah Syed Azhar

Umur: 21 tahun
Asal: Kedah
Profil Peribadi Ifa

  • Anak sulung dari 2 orang adik beradik
  • Ayah bekerja sebagai veterinar – mak surirumah sepenuh masa
  • Diploma Muzik (Vocal in Modern and Classical Jazz) dari Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Boleh menyanyi lagu dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Cina dan Siam
  • Bekerja sebagai penyanyi gantian di lobi hotel atau lounge
  • Datang ujibakat AF pada tahun lepas – lepas sehingga stage 4 sahaja
  • Meminati muzik moden dan balada
  • Alatan muzik yang boleh dimainkan – alto saxophone
  • Mempunyai slang yang kedah yang pekat – dipanggil Pah Bedah oleh rakan-rakan
  • Bintang AF yang menjadi idolanya ialah Hazama dan Adira

11. Lisa
Nama Penuh: Allyssa Joanne Anak Jambi
Umur: 22 tahun

Asal: Sarawak
Profil Peribadi Alisa
  • Seorang graduan Kolej Perkembangan Awal Kanak-Kanak, Damansara – Diploma Pendidikan Awal Kanak-Kanak
  • Suku kaum Iban, beragama Kristian
  • Sukakan kanak-kanak – bercita-cita untuk menjadi guru tadika
  • Datuk meninggal pada tahun 2009 – datuk ialah orang yang paling nak Lyssa masuk AF sebab nak Lyssa sama dengan bintang-bintang AF kelahiran Sarawak – bangga
  • Gemarkan muzik seperti Demi Lovato – pop rock
  • Seorang penari semasa berumur 18 tahun – tarian tradisional Sarawak dan tarian moden
  • Ibunya seorang penyanyi lagu-lagu Iban semasa muda
  • Berbakat dalam penciptaan lagu dan lirik – dah siap satu lagu“Sampai Penghujung Nyawa’ (bahasa Iban)
  • Boleh bermain gitar – ayah dulu pemuzik juga

12. Rachel
Nama Penuh: Ang Hui San (Rachel)
Umur: 23 tahun
Asal: Pahang
Profil Peribadi Rachel
  • Tahun terakhir di Universiti Malaya – Ijazah Sarjana Muda Seni Persembahan (Classical Vocal)
  • Ayah mempunyai kedai perkakasan – ibu bekerja sebagai kerani di kedai yang sama
  • Anak sulung dari 3 adik beradik
  • Penyanyi Konvokesyen Universiti Malaya
  • Penyanyi Diraja Pahang – johan keseluruhan dari 1000 orang semasa ujibakat – Sultan Pahang menggunakan khidmat nyanyian untuk majlis makan malam
  • Penyanyi ketika Majlis Pertabalan Sultan Perak – Konsert Diraja Perak
  • Pernah menyanyi dengan ikhwal di Malaysia Youth Cultural Show, Penang
  • Penyanyi JKKN Pahang – dipanggil apabila perlu
  • Johan Zon Timur Pertandingan Anugerah Bintang Popular – semasa berumur 18 tahun





Sumber Berita Malaysia Terkini
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget