Apa salah beruk ?

PETALING JAYA: Berbeza dengan binatang, manusia mempunyai akal fikiran. Bagaimanapun adakalanya, tingkah laku dan perbuatan meletakkan mereka lebih bawah daripada darjat haiwan. Dalam rakaman video yang dimuat naik Friends of PDRM mereka dengan sengaja meletakkan bungkusan yang berisi mercun kepada seekor beruk .

Menyangkakan ia makanan, haiwan malang itu mengambilnya dan ia kemudian meletup ditangan sehingga menyebabkan kecederaan. Dalam gambar yang dimuat naik Shah Mikail di laman Facebook pada Jumaat yang dikongsi sebanyak 23,609 kali dan mendapat 32,063 likes, jelas menunjukkan kecederaan tangan yang dialami haiwan tersebut.

Berdasarkan laporan terkini di laman sosial, haiwan berkenaan dilaporkan telah mati dilanggar kenderaan selepas kejadian, lapor freemalaysiatoday.com


Friends Of PDRM
Posted by Friends Of PDRM on Saturday, 22 August 2015
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget