Ahmad Maslan : Petua kemenangan BN

PETALING JAYA : Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan memberikan petua kepada Barisan Nasional (BN) sebagai persiapan Pilihan Raya Umum Ke-14. Katanya, BN perlu menggunakan formula ‘SMPPSS’ iaitu berdoa dan berusaha ‘Siang, Malam, Pagi, Petang, Subuh dan Senja’. Menurutnya, BN juga boleh memberikan khidmat dengan menggunakan formula ‘KBSMM’ iaitu ziarah dan bantu ketika ‘kenduri, bersalin, sakit, malapetaka dan mati’.

“Dan kita boleh guna apa juga formula untuk memenangi jiwa dan minda rakyat. Selesaikan masalah rakyat dan jangan malas untuk bertemu dengan rakyat. “Namun, tidak akan ada perkara yang positif boleh dicapai dengan berfikiran yang negatif,” tulisnya di blog www.ahmadmaslan.my. Ahli Parlimen Pontian menambah, BN juga perlu terus mempunyai 4S iaitu ‘Setia, Sepakat, Strategi dan Sungguh-sungguh’ dalam perjuangan.

Kita perlu terus mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian. Pembangkang yang sedang kucar-kacir sekarang ini, tapi kenapa pula kita yang hilang keyakinan untuk menang?,” soalnya Timbalan Menteri Industri dan Perdagangan Antarabangsa itu mengakui hakikat bahawa UMNO dan BN kini sedang berhadapan dengan keadaan yang mencabar pada waktu ini namun masih mempunyai masa untuk memperbaiki keadaan. “Dalam peperangan politik kita perlu memberikan harapan yang positif. Jika kita yang menjadi Jeneral Perang sentiasa menyebut yang negatif, contohnya dalam perang ini kita akan kalah. “Maka segala askar dan pejuang tidak akan ada semangat untuk menang, tidak akan berjuang habis-habisan. Pantang datuk nenek untuk mengaku kalah sebelum masuk ke gelanggang,” katanya, lapor freemalaysiatoday.com

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget