AC Mizal Tak Bayar Gaji Pekerja?

Pengacara Datuk AC Mizal menafikan spekulasi bahawa stesen radio bervisual baharu yang ditubuhkannya iaitu Peace Yall FM berhadapan dengan masalah kewangan sehingga gagal membayar gaji pekerja.

AC yang juga presiden saluran radio internet itu berkata, kesemua pekerja di bawah stesen radio itu tidak mempunyai sebarang masalah dan masih lagi bekerja dengan stesen radio tersebut

"Setakat ini stesen radio Peace Yall tiada masalah kewangan, tidak timbul isu saya tidak bayar gaji kerana semua deejay dan pekerja masih lagi bekerja dengan saya.

"Gaji semua pekerja yang saya ambil dahsyat-dahsyat, malah ada beberapa deejay yang sudah pun pakai kereta baru sejak bekerja dengan kami," ujarnya seperti yang dilaporkan mStar online.

AC menyifatkan khabar angin tersebut merupakan spekulasi yang menjadi lumrah dalam industri hiburan dan tidak menjejaskan reputasi dia dan stesen radio baharu itu.

Tambahnya lagi, dia kini dalam rancangan untuk meluaskan lagi empayar stesen radio tersebut ke Indonesia serta menambah bilangan pekerja. Selain bakal menambah masa operasi siaran radio berkenaan kepada 24 jam, lapor malaysiandigest.com
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget