Tukaran Ringgit Malaysia : 1 USD kepada RM4.24 - setakat 24 Ogos 2015

SHAH ALAM - Nilai ringit terus menjunam dalam dagangan awal hari ini, mencecah tahap RM4.24 kepada AS$1 buat kali pertama sejak krisis kewangan Asia 17 tahun lalu. Menurut laporan The Edge, selepas dibuka pada tahap 4.17, ringgit disebut 1.69 peratus lebih rendah pada 4.2430/2520 pada pukul 9.30 pagi berbanding dolar AS, daripada 4.1800/1880 pada jam 5 petang Jumaat lalu.

Sementara pada pukul 10:45 pagi ini, ringgit disebut harga pada 4.2578 berbanding dolar AS. Ia jatuh ke tahap paling rendah 4.2615 terdahulu pada pukul 9.45 pagi. Pada paras semasa, ringgit melampaui tahap paling rendah sebelum ditambat pada 3.9340 sejak 31 Ogos, 1998.

Mata wang itu mencecah titik terendah 4.7125 pada 9 Januari, 1998 berbanding dolar AS. Sementara itu, ringgit turun berbanding dolar Singapura kepada di bawah paras 3.000 untuk didagangkan di peringkat paling rendah dalam sejarah pada 3.0110 pukul 10.45 pagi ini.

Pada jam 11.30 pagi, ringgit juga susut 0.65 peratus berbanding dolar Australia untuk disebut harga pada 3.0739, susut 4.12 peratus berbanding euro untuk disebut harga pada 4.8946, dan berbanding Pound Great Britain pada 6.6835, turun 1.87 peratus.

Kejatuhan ringgit terjadi selepas Bank Negara Malaysia mengumumkan rizab asingnya jatuh lagi kepada RM356.4 bilion (AS$94.5 bilion) pada 14 Ogos, 2015 daripada RM364.7 bilion (AS$96.7 bilion) pada 31 Julai, 2015.

Sementara itu, harga minyak mentah mencecah terendah dalam masa 6 tahun berikutan kebimbangan stok berlebihan. Minyak mentah Amerika Syarikat jatuh di bawah AS$40 setong diniagakan pada AS$39.58, manakala Brent mentah diniagakan pada AS$44.70 setong, lapor Sinar Harian
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget