Zizan kahwin 2016 ?


“Belum masanya,” itu jawapan ringkas Zizan Razak ketika ditanya sama ada bakal menamatkan zaman bujang dalam tempoh terdekat. Pelawak, pelakon dan pengacara popular itu mengakui, buat masa sekarang, dia lebih senang menumpukan kepada kerjaya. “Jika ada jodoh adalah tu, tetapi kini saya mahu menumpukan soal kerjaya termasuk dalam bidang lakonan,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya di Dataran Gong Balai Merchang, kelmarin.  Ditanya sambutan Aidilfitri tahun ini, Zizan mengakui teruja dapat meluangkan masa berhari raya bersama sanak-saudara dan masyarakat kampung asal bapanya di Kampung Gong Balai, Merchang, dekat sini.
Sumber : Harian Metro - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget