Tangisan siswi di bilik air

Melaka: Seorang penuntut wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negeri ini hanya mampu menangis di dalam bilik air selepas hotel didiami bersama kekasihnya diserbu pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Dalam serbuan jam 2 pagi itu, gadis berusia 19 tahun itu dikesan bermadu kasih bersama teman lelakinya berusia 21 tahun di sebuah hotel berhampiran Plaza Mahkota, Bandar Hilir di sini. Sumber berkata, pihak JAIM yang membuka bilik itu mendapati kekasih gadis terbabit yang juga penuntut. Menurut sumber, teman lelaki gadis terbabit yang juga dipercayai pelajar IPTA berada di atas katil sebaik pintu bilik hotel didiami dibuka. “Bagaimanapun gadis itu berada di dalam bilik air dalam keadaan menangis kerana ketakutan. “Mereka ke bandar ini dengan menaiki kereta sebelum mendaftar masuk ke hotel ini tanpa menyangka serbuan akan dilakukan,” katanya.

Menurutnya, sepasang kekasih berusia 26 tahun berasal dari Selangor turut ditahan di sebuah lagi hotel berhampiran. “Mereka mengaku sudah bertunang dan memberi alasan baru sampai ke hotel itu,” katanya. Pasangan terbabit adalah antara empat pasangan berusia 19 hingga 30-an yang ditahan JAIM dalam operasi bersepadu lebih empat jam berakhir jam 4.30 pagi semalam. Operasi turut disertai Jabatan Imigresen negeri, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Jabatan Kesihatan Melaka. Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Zainal Hussin berkata, pihak MBMB turut mengeluarkan 13 kompaun ke atas rumah urut, pusat hiburan dan restoran yang diserbu semalam. “Ia membabitkan enam kompaun iklan tanpa lesen serta masing-masing satu kompaun ke atas rumah urut, restoran dan pusat hiburan kerana beroperasi tanpa lesen. “Kita juga mengeluarkan dua kompaun ke atas pemilik premis kerana melakukan halangan pada kaki lima dan satu kompaun ke atas rumah urut kerana beroperasi lebih masa,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Menurutnya, JKM turut menyelamatkan lapan individu gelandangan berusia 16 hingga 63 tahun membabitkan empat remaja perempuan dan seorang warga emas lelaki. “Operasi bersepadu ini dilakukan hasil aduan diterima daripada pelbagai pihak berhubung kegiatan tidak bermoral di pusat hiburan, hotel dan rumah urut.

sumber : harian metro
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget