Solat hajat mohon hujan

Bogor (Indonesia): Lebih seribu penduduk di Bogor membuat solat hajat bagi meminta hujan semalam selepas lebih sebulan kemarau melanda bandar berkenaan. Solat hajat itu yang dianjurkan Majlis Ulama Indonesia (MUI) dihadiri pelbagai peringkat penduduk termasuk pelajar dan anggota tentera. Ketua umum MUI Bogor, Adam Ibrahim berkata, kemarau yang melanda wilayah itu menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurangan. “Haiwan juga tidak dapat makan kerana rumput dan pokok di wilayah ini sudah kering, malah sumur juga tidak mengeluarkan air. “Melihat keadaan ini, adalah wajar solat hajat diadakan bagi meminta hujan segera turun,” katanya. Bogor dikenali sebagai kota hujan kerana kawasan itu menerima taburan hujan paling tinggi di Indonesia. Bagaimanapun, kemarau yang melanda sejak sebulan lalu menyebabkan takungan air yang menyalurkan air bersih kepada penduduk kini berada di tahap kritikal.Datuk Bandar Bogor, Bima Arya memberitahu, sebahagian kawasan di bandar itu mula terputus bekalan air bersih.

sumber : harian metro
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget