Selebriti dan suami cuci tandas awam kerana kotor

PETALING: Seorang selebriti tempatan bersama suaminya mendapat pujian pengguna laman sosial apabila mereka bertindak membersihkan tandas awam yang kotor. Yana Samsudin dan suaminya, Fadzil Zahari bertindak membersihkan tandas di sebuah stesen minyak di hentian rehat dan rawat (R&R) Sungai Perak pada Hari Raya ketiga. Pasangan itu dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kedah sebelum singgah di tandas berkenaan. “Pada mulanya kami agak kecewa kerana bekalan air tiada dan tandas pula tidak dibersihkan. “Jadi kami ambil keputusan untuk bersihkannya,” kata Fadzil. Perbuatan baik pasangan itu bagaimanapun dimarahi oleh pekerja stesen minyak berkenaan kerana mereka menarik hos daripada luar. “Tapi kami tak kisah sebab niat kami baik,” kata Fadzil, lapor Sinar Harian. Pasangan itu tidak memuatnaik sebarang gambar atau status di laman sosial kerana ikhlas melakukanya. Ia menjadi viral selepas seorang pengguna laman sosial yang memuatnaik status mengenai perkara itu yang dipercayai secara kebetulan melihat pasangan berkenaan mencuci tandas, lapor the freemalaysiatoday.com- Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget