Pilihan Malaysia VS Liverpool FC : 24 Julai 2015


Subang: Ketua pasukan Pahang Razman Roslan dilantik selaku kapten skuad Pilihan Malaysia apabila bertemu kelab gergasi Inggeris Liverpool di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat ini. Pengumuman itu dibuat sendiri oleh ketua jurulatih negara Dollah Salleh pada sidang media yang berlangsung di Hotel Saujana, di sini, sebentar tadi. Razman yang sebelum ini enggan melaporkan diri bersama skuad Dollah membuat pusingan 'U' dengan mengubah keputusan awalnya itu selepas dipujuk jurulatih Pahang Zainal Abidin Hassan.

Katanya, dia amat terkejut dengan pengumuman itu dan berjanji akan melaksanakan tugas yang diamanahkan dengan baik biarpun menyedari bukan mudah untuk menundukkan Liverpool. "Saya terima dengan hati terbuka dan akan cuba lakukan yang terbaik bersama pasukan pasukan. "Tidak ada sebarang tekanan di atas lantikan itu cuma ada rasa tanggungjawab yang lebih kepada pasukan," katanya
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget