Nenek 99 Tahun Dikatakan Hamil

PORTSMOUTH: Seorang wanita menerima surat daripada sebuah hospital, memaklumkan dia hamil. Bagaimanapun, Doris Ayling yakin hospital berkenaan melakukan kesilapan memandangkan dia sudah berusia hampir 100 tahun. Doris berkata, dia terkejut membaca surat berkenaan yang isi kandungannya antara lain meminta dia membawa sampel air kencing untuk menjalani pemeriksaan lanjut mengenai kehamilannya. Lebih mengejutkan, tarikh lahir yang tercatat dalam surat berkenaan tepat dengan tarikh lahirnya. Tiga anaknya, semuanya sudah bersara juga terperanjat apabila ditunjukkan surat berkenaan. Seperti Doris, mereka juga tidak yakin akan memperoleh adik baru. Apabila dimaklumkan mengenai surat berkenaan, pihak pengurusan Hospital Portsmouth memohon maaf kepada Doris dan keluarganya dan berkata, ia berpunca daripada ‘kesilapan pengurusan.’ Doris yang menetap di Bognor Regis memberitahu wartawan: “Saya yakin 100 peratus saya tidak hamil. Saya mempunyai tiga anak dan 20 cucu dan sudah tidak hamil sejak 70 tahun lalu.’ Anaknya Brian berkata: “Kesilapan itu amat melucukan.”


sumber : the malaysian digest - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget