Merompak Kerana Tiada Wang Sambut Aidilfitri

Depok (Indonesia): Empat lelaki sanggup merompak dan membunuh seorang ahli perniagaan wanita semata-mata untuk mendapatkan wang bagi menyambut Aidilfitri baru-baru ini. Empat lelaki itu membunuh Noerbaety Rofiq, 41, di rumahnya pada 4 Julai lalu tetapi mayat mangsa hanya ditemui ahli keluarganya pada Sabtu lalu. Mayat wanita itu yang sudah busuk ditemui dalam keadaan tangan terikat dan terdapat sembilan kesan tikaman pada badan serta kelar di bahagian leher.

Keempat-empat suspek yang berusia dalam 20 hingga 25 tahun ditangkap polis beberapa hari selepas mayat wanita terbabit ditemui. Salah seorang suspek yang dikenali sebagai Deni, 24, memberitahu dia merancang merompak wanita itu kerana masalah ekonomi. “Aidilfitri semakin hampir, tetapi kami tiada wang untuk membeli kelengkapan. “Kami kemudiannya mengambil keputusan untuk merompak,” katanya. Katanya, dia mengenali wanita itu kerana tempatnya bekerja terletak berhampiran dengan kediaman mangsa.
Polis berkata, semua suspek ditahan untuk siasatan lanjut dan mereka akan didakwa di mahkamah kerana merompak serta membunuh.
Labels:

Catat Ulasan

[blogger]

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Dikuasakan oleh Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget