Wellington: Seorang remaja perempuan berusia 12 tahun mengejutkan keluarganya apabila bermain piano dengan baik ketika tidur.Isabelle yang menghidap penyakit berjalan dalam tidur tiba-tiba
bermain piano walaupun baru mengikuti kelas alat muzik berkenaan. Aksi Isabelle bermain piano sambil tidur dirakam oleh bapa saudaranya, James Hodgson dan dimuat naik di laman YouTube.
Dalam video berkenaan Isabelle bermain piano dengan baik walaupun matanya tertutup dan berdengkur. Beberapa ahli keluarga remaja itu kelihatan terpegun melihat dia bermain alat muzik berkenaan. Hodgson berkata, Isabelle sering berjalan di dalam tidur, tetapi ini kali pertama dia bermain piano.“Isabelle baru mengikuti kelas piano dan belum mampu bermain piano dengan baik.
“Bagaimanapun, aksinya bermain piano ketika tidur sangat mengejutkan
kerana dia seperti sudah bertahun-tahun bermain alat muzik berkenaan.
“Lebih pelik lagi Isabelle kembali semula ke katil selepas bermain
piano dan keesokan harinya dia tidak mengingati apa yang berlaku,”
katanya. Menurutnya, Isabelle juga tidak boleh bermain piano dengan baik seperti dilakukannya ketika tidur. Tambahnya, Isabelle sebelum ini pernah menyanyi ketika tidur dan
keesokan harinya remaja itu memberitahu dia bermimpi bernyanyi di satu
konsert.
SUMBER : HARIAN METRO - Sumber Berita Malaysia Terkini Online
Catat Ulasan